Kejadian kanak-kanak lemas di kolam mandi apartment merupakan satu isu yang merisaukan. Laporan KK Women’s and Children’s Hospital pada tahun 2016 mengesahkan setiap tahun, semakin ramai kanak-kanak yang lemas di kolam renang.
Dalam tempoh 5 tahun (2011-2016), 104 kejadian kanak-kanak hampir lemas, dan 10 kes mati lemas. Data ini meningkat dalam tempoh 5 tahun yang sebelumnya di mana hanya 5 kejadian hampir lemas dan 12 kes mati lemas.
Laporan terbaru pula mengesahkan sebahagian besar kes sedemikian melibat kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun, dan hampir keseluruhan berlaku di kolam renang peribadi!
Tips Mengelak Kejadian Lemas Di Kolam Mandi
Memandangkan kejadian lemas semakin kerap terjadi, adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersedia untuk mencegah ia dari berlaku. Ini antara tips yang patut diamalkan:
Berenang dengan pengawasan orang dewasa
Orang dewasa haruslah sentiasa peka dengan kanak-kanak terutamanya di kawasan yang tinggi risiko seperti kolam mandi. Jangan ambil ringan walaupun kanak-kanak tersebut pandai berenang!
Jangan berenang atau bermain di tepi kolam tanpa pelampung
Khususnya untuk kanak-kanak yang tidak tahu berenang, pemakaian pelampung haruslah dititikberatkan.
Ajar kanak-kanak cara untuk menghadapi keadaan sekiranya mereka jatuh kolam
Sebaiknya ajar anak-anak untuk tidak panik di dalam air, belajar tahan nafas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.